Surat Tawaran telah ditandatangi oleh Yg. Bhg. Dato' (Dr) Hj. Khalid Yunus pada 28 Disember 2009 yang merupakan Pengerusi Persatuan Kembara Negara. (PKN) Antara tugas & tanggungjawab Dynamic WorlsClass Sdn. Bhd. (DWC) adalah seperti di bawah :-
- Menguruskan semua aktiviti yang diadakan di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
- Memastikan semua fasiliti yang terdapat di Tasik Cempaka diuruskan dengan sempurna
- Memastikan keselamatan pengunjung di Tasik Cempaka
- Menguruskan kemasukan ahli-ahli baru ke dalam PKN
- Merancang aktiviti-aktiviti tahunan PKN
- Mengadakan promosi untuk PKN
- Membantu mengumpulkan dana untuk PKN
- Mengadakan hubungan dua hala diantara PKN dan Kerajaan
- Menyediakan perkhidmatan penyewaan (fasiliti yang terdapat di Tasik Cempaka) kepada pihak-pihak yang berminat
Bermula 1 JANUARI 2010 pihak Dynamic WorldClass Sdn. Bhd. akan meyelaras & menguruskan segala aktiviti & program yang melibatkan PKN. Pengurusan & pentadbiran di Tasik Cempaka juga di bawah seliaan DWC.
No comments:
Post a Comment