Friday, January 1, 2010

Majlis Pra- Pelancaran Misi Perdana de' Everest 2010/11





Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kembara Negara (PKN) akan mengadakan Majlis Pra- Pelancaran Misi Perdana de' Everest 2010/11 yang akan disempurnkan oleh Yang Amat berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Bte Mansor.

Pihak Jawatankuasa Majlis Pra- Pelancaran Misi Perdana de' Everest 2010/11 ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Bte Mansor untuk merasmikan Majlis Pra- Pelancaran Misi Perdana de' Everest 2010/11.

Butiran mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 26 Januari 2010 (Selasa)
  • Masa : 2.00 ptg - 4.00 ptg
  • Tempat : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Segala Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh Y.Bhg Tan Sri/ Dato' Sri/ Datuk / Dato'/ Tuan/ Puan dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai.

Sekian Terima Kasih

Kerjasama antara Persatuan Kembara Negara & Dynamic WorldClass Sdn Bhd


Surat Tawaran telah ditandatangi oleh Yg. Bhg. Dato' (Dr) Hj. Khalid Yunus pada 28 Disember 2009 yang merupakan Pengerusi Persatuan Kembara Negara. (PKN) Antara tugas & tanggungjawab Dynamic WorlsClass Sdn. Bhd. (DWC) adalah seperti di bawah :-

  • Menguruskan semua aktiviti yang diadakan di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
  • Memastikan semua fasiliti yang terdapat di Tasik Cempaka diuruskan dengan sempurna
  • Memastikan keselamatan pengunjung di Tasik Cempaka
  • Menguruskan kemasukan ahli-ahli baru ke dalam PKN
  • Merancang aktiviti-aktiviti tahunan PKN
  • Mengadakan promosi untuk PKN
  • Membantu mengumpulkan dana untuk PKN
  • Mengadakan hubungan dua hala diantara PKN dan Kerajaan
  • Menyediakan perkhidmatan penyewaan (fasiliti yang terdapat di Tasik Cempaka) kepada pihak-pihak yang berminat
Bermula 1 JANUARI 2010 pihak Dynamic WorldClass Sdn. Bhd. akan meyelaras & menguruskan segala aktiviti & program yang melibatkan PKN. Pengurusan & pentadbiran di Tasik Cempaka juga di bawah seliaan DWC.